Antarabangsa

Kimi No Na Wa – Your Name [Review]

Beberapa bulan lalu, filem anime Kimi No Na Wa dilaporkan mencatatkan kutipan tertinggi bagi sebuah filem animasi, satu pencapaian yang sebelum ini hanya boleh dicapai oleh filem animasi Studio Ghibli. Sejak itu kami tertarik untuk menonton filem animasi ini kerana ingin tahu apa sebenarnya yang menarik tetang filem ini.

Kimi No Na Wa – Your Name [Review]

Filem animasi Kini No Na Wa bertemakan drama romantik remaja mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Mitsuha dari sebuah bandar kecil yang mengalami mimpi pelik yang terlalu realistik. Setelah seketika mengalami mimpi tersebut, beliau menyedari bahawa setelah tidur pada hari tertentu, beliau bertukar badan dengan seorang remaja lelaki bernama Taki yang tinggal di Tokyo.

Sejak itu mereka menjalani hidup dari pandangan masing-masing dan pada masa sama membantu dalam masalah harian mereka masing-masing. Hubungan mereka semakin lama semakin rapat. Tiba-tiba satu hari entah kenapa mereka tidak lagi bertukar badan. Apa yang terjadi sebenarnya?

Untuk kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Jalan Cerita

Dalam segmen pengenalan di atas kami hanya memberi penerangan ringkas tentang asas jalan cerita filem ini. Ini kerana kami tidak mahu mengeluarkan “spoiler” yang boleh merosakkan pengalaman menonton filem ini.

Kekuatan filem ini ialah jalan ceritanya yang unik. Setelah menonton separuh pertama filem ini, anda mungkin berasa anda boleh mengagak kesudahannya, tetapi tidak sama sekali! Putaran plot di pertengahan filem ini langsung tidak dijangka dan semamangnya sangat menarik.

Walaubagaimanapun, jelas sekali filem ini disasarkan kepada golongan remaja hingga pertengahan 20-an. Bagi remaja lanjut usia seperti kami, kesan emosi filem ini mungkin tidak sehebat kesannya kepada golongan lebih muda. Sungguhpun demikian, jalan ceritanya mampu membuatkan kami terpaku pada layar perak selama hampir dua jam tayangan penuhnya.

Animasi

Seperti kebanyakan filem animasi Jepun, Kimi No Na Wa menghidangkan visual serta lanskap yang menarik dan sudut pandangan syot yang kreatif. Apa yang lebih menarik ialah pembikin anime ini gemar memaparkan visual aktiviti harian dan butiran0butiran kecil bagi memberikan gambaran dan perasaan yang berkait dengan sesebuah babak itu. Jelas sekali ia ingin mempromosikan kawasan bandar kecil yang digambarkan (kami terlupa nama bandar tersebut). Malah kami terasa ingin pergi ke bandar berkenaan setelah menonton filem anime ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Visual yang menarik
  • watak-watak yang hidup dan penuh perasaan
  • Jalan cerita yang antara terbaik dalam sebuah drama anime

Negatif

  • tidak banyak perkara negatif yang boleh dijumpai dalam filem ini

Kesimpulan

Bagi mereka yang jarang menonton filem anime dan hanya menonton anime jika ia antara yang terbaik di dunia, Kimi No Na Wa, merupakan salah satu yang patut anda tonton. Namun, seperti yang kami katakan pada awal artikel ini, ia lebih memberi impak kepada remaja dan golongan pertengahan 20an berbanding yang lebih berusia. Mungkin mereka yang lebih berusia mempunyai pandangan yang lebih realistik tentang cinta dan perhubungan antara manusia.

Kimi No Na Wa

Tetapi apa jua umur anda, tidak dapat dinafikan filem ini mempunyai jalan cerita yang akan membuatkan anda terhibur dari awal hingga akhir. Kami tidak mahu mengulas terlalu banyak mengenai filem ini dan ingin membiarkan anda menikmatinya dari perspektif sendiri. Amaran: oleh kerana ia sebuah anime Jepun, terdapat beberapa babak yang agak tidak sesuai untuk kanak-kanak, jadi jika boleh, elakkan membawa anak-anak kecil ke pawagam.

Penilaian: 8.5/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top