Antarabangsa

Jack The Giant Slayer [Review]

Jack The Giant Slayer merupakan sebuah adaptasi cerita dongeng Jack And The Bean Stalk yang diceritakan dalam perspektif cerita aksi. Dalam filem ini, Jack merupakan seorang remaja yang dahagakan sebuah pengembaraan, tapi dalam realiti dia hanya seorang anak petani yang sering membuat kesilapan sehingga pakciknya sendiri tidak tahan dengannya. D

Jack The Giant Slayer [Review]

ia telah menggadaikan kudanya kepada seorang paderi yang hendak melarikan diri dari istana. Sebagai pertukaran, padri itu memberikannya kacang ajaib dan menyuruhnya pergi ke gereja untuk menukarkannya dengan wang. Berang dengan tindakannya, pakciknya memarahi Jack dan dalam proses itu kacang tersebut berselerak di atas lantai. Jack mengutipnya namun tertinggal satu biji.

Jack the Giant SlayerSatu malam, Puteri Isabella, yang juga tidak tahan dikongkong dalam istana, lari untuk mencari sebuah pengembaraanya sendiri. Beliau tersesat di tengah ribut dan terserempak dengan rumah Jack yang merupakan satu-satunya rumah yang dihidupkan lampunya.

dalam keadaan ribut tersebut biji kacang tersebut terkena air menyebabkan satu pokok kacang gergasi tumbuh di bawah rumah jack dan mengangkat rumah itu yang mengandungi puteri Isabella ke langit. Di sinilah pengembaraan jack bermula, iaitu untuk menyelamatkan puteri Isabella dengan bantuan satria terhandal istana.

Sinematografi

Semasa menonton trailer filem ini, saya beranggapan filem ini merupakan filem aksi komedi, namun filem sebenar tidak mecapai jangkaan saya. Ia tidaklah teruk namun ia bukanlah filem komedi yang saya jangkakan. Lawaknya seolah-olah tidak menjadi dan pada masa yang sama jalan ceritanya tidaklah sehebat jangkaan saya.

Sungguhpun begitu, jalan ceritanya tidak pula membosankan dan aliran isi cerita sentiasa bergerak pada kadar yang memuaskan. Namun tidak dapat dinafikan babak-babak aksinya dilakukan dengan baik dan tidak menghampakan, terutamanya apabila grombolan gergasi turun ke bumi dan menyerang istana. Babak tersebut seakan-akan satu babak daripada filem Lord of The Rings, namun dengan bajet yang lebih rendah.

Lakonan

Lakonan para pelakon utama dan pelakon tambahan baik kecuali pembantu pembesar muda yang jahat, Roderik yang sedikit menjengkelkan dan tidak sesuai untuk dijadikan pembantu orang jahat.  Selain itu lakonan adalah seperti apa yang diharapkan pada sebuah filem kisah dongeng.

Produksi

Filem ini dibuat dengan baik. Kebanyakan babak-babaknya dilakukan dengan bantuan CGI termasuk Istana, babak-babak dengan gergasi dan babak di atas pokok kacang gergasi. Penggunaan lokasi yang menarik amat sesuai dengan tema zaman raja-raja dan istana.

Jack The Giant Slayer

Kesimpulan

Jack The Giant Slayer merupakan satu adaptasi kisah cerita dongeng yang menarik, namun kebanyakan lawaknya yang tidak berapa kelakar mengurangkan nilai hiburan filem ini. Walaubagaimanapun ia tidaklah membosankan. Terdapat banyak babak aksi orang dimakan gergasi, orang terjatuk dari tempat tinggi dan orang yang melayang dicampak gergasi, jadi filem ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak.

IMDB

Keseluruhan – 7/10
Sinematografi – 7/10
Lakonan Layar – 6/10
Muzik / Soundtrack – 5/10
Produksi Teknikal – 7/10
3 Comments

3 Comments

  1. latifah omar

    October 21, 2013 at 1:34 PM

    best gilerrrrrrrrrrrrrr moviee niew …….

  2. latifah omar

    October 21, 2013 at 1:35 PM

    rugi sapew x tengokk…

    • iMyn

      October 21, 2013 at 3:20 PM

      Movie type adventure macam ni memang best:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top