Antarabangsa

Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review]

Siri filem Hunger Games bukanlah siri filem kegemaran kami. Selain memaparkan versi revolusi berasaskan acuan barat yang idealistik dan tidak realistik, siri ini juga tidak mempunyai jalan cerita yang kukuh. Namun kerana telah menonton tiga filem permata, kami terasa satu kewajiban untuk menonton filem terakhir dalam siri tersebut, Hunger Games Mockingjay Pt 2.

Hunger Games Mockingjay Pt2

Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review]

Dalam filem Hunger Games Mockingjay pt 2, golongan pemberontak di ambang kemenangan  dalam usahanya menggulingkan Presiden Snow. Namun di saat-saat terakhir inilah Katness diselebungi rasa sangsi mengenai peranannya dalam peperangan melawan Capitol dan kepimpinan pemberontak yang semakin mencurigakan.

Ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bertindak sendiri, dengan bantuan ahli-ahli pemberontak yang dipercayainya. Adakah beliau akan berjaya membawa pemberontak menuju kejayaan? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

gwendoline

Jalan Cerita

Boleh dikatakan jalan cerita filem terakhir ini berada di tahap filem sebelumnya. Tidak begitu mengujakan, dengan sedikit babak aksi di sana sini. Namun filem kali ini mempunyai strukur yang agak pelik. Ia bermula sedikit perlahan, kemudian klimaks di bahagian pertengahan filem dan kemudian suku bahagian terakhir yang perlahan.

Sepertimana filem-filem sebelum ini, kami tidak berpuas hati dengan bagaimana pengarah mematikan seseorang watak dalam filem ini yang terlalu simplistik dan kadang-kala terlalu tidak dramatik. Contohnya, watak Boggs, seorang askar berpangkat dalam kumpulan Katness berjaya mengharungi jerangkap sama machine gun, namun terpijak periuk api lalu mati. Agak tidak professional.

Paling ketara adalah bahagian penamat filem ini pasti tidak dijangka oleh penonton. Mood penamatan filem ini juga tidak seperti yang dijangkakan. Ramai yang inginkan penamat yang gembira, namun filem ini mengejutkan semua dengan penamatnya yang terbuka kepada interprtasi penonton.

151119103724-hunger-games-mockingjay-part-2-group-780x439

Barangkali penulis filem ini telah jemu menggunakan naratif idealistik barat dalam penulisan jalan cerita filem ini, sebaliknya mengguakan elemen realiti konflik/peperangan untuk memberikan nafas baharu dalam filem ini dan ia berjaya menamatkan siri filem Hunger Games dengan baik tanpa sebarang kotroversi.

Die Tribute von Panem - Mockingjay Teil 2

Positif VS Negatif

Positif

  • Penamat yang baik
  • Babak aksi, walaupun sedikit namun mendebarkan

Negetif

  • Struktur jalan cerita yang agak pelik
  • Sebagai filem ia hanya OK sahaja

Hunger Games Mockingjay Pt 2

Kesimpulan

Filem Hunger Games Mockingjay Pt 2 tidak dapat dinafikan merupakan penamat kepada siri Hunger Games yang dibikin dengan baik. Namun sebagai sebuah filem, ia sebuah filem yang hanya biasa sahaja. Tiada apa yang begitu menarik mengenai filem ini selain bejaya menamatkan siri filem Hunger Games dengan baik dan penonton berasa puas hati dengan penamatnya. Bagi mereka yang telah menonton 3 filem sebelumnya, tontolah filem penamat ini, walaupun anda tidak begitu menggemari filem sebelumnya. Anda tidak rugi.

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Hunger games mockingjay pt 2 | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top