Antarabangsa

Hitman Agent 47 [Review]

Filem pertama Hitman yang dibikin berdasarkan permainan video terkenal Hitman pada tahun 2007 dilihat kurang memberangsangkan sepertimana kebanyakan filem yang dibikin berdasarkan permainan komputer. Jadi adakah filem kedua, Hitman Agent 47 ini mampu mengegar atau adakah ia akan hanyut ke laut seperti filem pertama? Ini pendapat kami.

maxresdefault

Hitman Agent 47 [Review]

Filem Hitman Agent 47 tidak mempunyai kaitan langsung dengan filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2007. Ia mempunyai jalan cerita yang berbeza dan boleh dikatakan lebih menarik. Ia mengisahkan pertubuhan gelap bernama Syndicate International yang ingin mencari pencipta kepada program Agents bernama Litvenko yang menghasilkan pembunuh upahan yang telah diubahsuai secara genetik menjadi lebih bijak, pantas, tangkas, kuat dan tidak berperikemanusiaan.

Pihak Syndicate dan pihak Agent kedua-duanya ingin mencari Litvenko dan caranya ialah melalui anaknya, Katia. Di sini bermulalah cabarannya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

HITMAN-AGENT-47-8

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini pada zahirnya agak ringkas, namun ia juga mempunyai selok-belok plot yang menarik. Pada permulaan filem ini anda akan menyangka satu pihak merupakan pihak  yang jahat, namun kemudian terbukti bahawa sangakaan anda salah. Selepas itu plotnya menimbulkan tanda tanya siapakah yang sebenarnya jahat dan siapa yang baik?

gallery-hitman6

Dari segi aksinya, terdapat banyak aksi yang ganas dan berdarah, jadi ia tidak sesuai bagi golongan di bawah 18 tahun, namun ia terlalu banyak menggunakan CGI untuk menggantikan manusia sebenar dalam babak-babak aksinya. Ini menjadikan babak aksinya kurang realistik. Babak aksinya juga pendek dan agak ringkas, tidak seperti kebanyakan filem aksi termasuk filem pertama Hitman.

Secara keseluruhan, plot ceritanya bukanlah yang terbaik di dunia, namun ia memaparkan babak-babak yang diilhamkan terus dari permainan video Hitman dan cukup untuk menghiburkan penonton selama lebih kurang 2 jam.

hitman_agent_47_05

Positif vs Negetif

Positif

  • Pemilihan pelakon Agent 47 yang baik dan sesuai memegang watak tersebut.
  • Plot yang lebih baik berbanding filem Hitman pertama
  • Kesudahan filem yang terbuka, memungkinkan pembikinan sebuah sequel atau siri TV

Negetif

  • terlalu banyak CGI yang sangat ketara penggunaannya.
  • Mood filem yang hampir sama sepanjang filem ini.

Kesimpulan

Filem Hitman Agent 47 merupakan filem yang walaupun tidak sempurna, cukup baik untuk menghiburkan penonton sehingga babak terakhir. Kesudahan filem ini yang tergantung memungkinkan sebuah sequel atau siri TV, namun ini banyak bergantung kepada sambutan filem ini di pawagam. Ia bukanlah sebuah filem yang epik tetapi bolehlah ditonton di pawagam pada hujung minggu bagi mengisi masa terluang. Filem ini ditaja oleh Audi.

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Hitman Agent 47 | KaKi Borak

  2. Pingback: Hitman Agent 47 - KaKi Borak

  3. Pingback: Hitman Agent 47 | Berita Kanteen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top