Antarabangsa

Happy Death Day [Review]

Happy Death Day bukanlah sebuah filem utama yang ditunggu-tunggu peminat filem. Namun, sempena Halloween kami tontonlah sebuah filem yang kami sangkakan seram, Happy Death Day, tetapi ia tidaklah seperti yang kami jangkakan.

Happy Death Day

 Happy Death Day [Review]

Happy Death Day mengisahkan Tree Gelbman, seorang pelajar kolej yang agak liar dan dibenci sebilangan orang yang dikenalinya. Sehari sebelum hari jadinya, beliau telah mabuk dan terjaga di dalam bilik asrama seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Carter.

Tetapi kisahnya berlaku pada malam itu semasa beiau hendak ke asrama rakannya untuk menyambut parti hari jadinya. beliau dikejar seorang yang bertopengkan topeng badut lalu ditikam. Tiba-tiba beliau tersedar semula di bilik asrama Carter pada pagi yang sama.

Selepas dua kali berlaku pembunuhan, barulah beliau sedar yang beliau telah memulakan hari yang sama semula selepas dibunuh pembunuh itu dan ia terus berlaku setiap kali beliau dibunuh. Selepas itu beliau bertekad untuk mencari pembunuh tersebut dalam usaha menghentikan kitaran bunuh, hidup semula yang dialaminya. Adakah beliau akan berjaya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Tema filem mati hidup semula bukan tema yang asing bagi filem Holywood. Filem “Edge of Tomorrow” contohnya telah mengeksploitasi tema ini dengan baik dalam jalan ceritanya. Kali ini tema itu diolah dalam skala yang kecil, menjadi sebuah filem thriller penyiasatan muda-mudi.

Mengenai jalan ceritanya, ia tidaklah begitu berat, walaupun mempunyai beberapa putaran plot yang tidak dijangka. Malah ia agak menghiburkan kerana ia tidaklah begitu menakutkan (walaupun ia filem pembunuhan) dan diselitkan dengan lawak jenaka ringan yang tidak keterlaluan. Walaubagaimanapun, ia tidaklah menampilkan sesuatu yang baharu dan mengujakan, cukuplah sekadar menghiburkan.

Lakonan pelakon utamanya juga agak menceriakan, selari dengan perkembangan plot filem di mana pada mulanya beliau ketakutan, kemudian setelah beberapa kali dibunuh, beliau mula menerima hakikat situasinya dan mula “enjoy” dalam penyiasatannya. Bercakap mengenai proses siasatannya, ia agak menghiburkan kerana terdapat ramai suspek yang mempunyai motif membunuhnya, dan Tree menyiasat dan memotong nama mereka satu persatu.

Tapi secara keseluruhannya, filem ini tidaklah sofistiketed dan hanya sekadar hiburan sahaja. Jadi sebarang putaran plot yang dahsyat tidak diharapkan darinya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot serta putaran plot yang ringan dan tidak membebankan otak
  • Filem tidaklah menakutkan, malah agak lucu dan menghiburkan

Negatif

  • Terdapat banyak ketika di mana heroine boleh membunuh pembunuh tersebut, tetapi tidak, membuatkan anda berasa tertekan.
  • Bagi mereka yang mengharapkan plot yang lebih kompleks akan kecewa

Kesimpulan

Filem Happy Death Day merupakan sebuah filem yang sepatutnya seram, tetapi akhirnya menjadi sebuah filem yang agak lucu dan menghiburkan. Ia hanyalah sebuah filem santai, jadi jika anda mengambil keputusan untuk menontonnya, janganlah mengharapkan sebuah filem seram yang kompleks hingga memecah otak memikirkannya. Sebaliknya, “enjoy the show”, nescaya anda akan terhibur. Spoiler: Kesudahannya memang tidak dijangka.

Penilaian: 7/10

IMDB

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top