Antarabangsa

Hansel And Gretel : Witch Hunters (Review)

Umum mengetahui kisah Hansel and Gretel di mana mereka sesat di dalam hutan, berjumpa rumah yang diperbuat daripada biskut dan gula-gula dan kemudian ditangkap oleh nenek kebayan. Mereka dapat melepaskan diri dari nenek kebayan dengan menolaknya ke dalam ketuhar lalu membakar nenek kebayan itu sehingga mati. Namun filem terbaru Hansel And Gretel : Witch Hunters lakonan Jeremy Renner dan Gemma Arterton memberikan kelainan yang dramatik kepada kisah itu.

Hansel and Gretel

Hansel and Gretel : Witch Hunters

Filem ini bermula 15 tahun selepas kejadian penculikan merek oleh nenek kebayan. Mereka kini telah menjadi pemburu nenek kebayan yang professional dan boleh dikatakan memburu nenek kebayan merupakan periuk nasi mereka.

Kisah bermula di Augsburg di mana terdapat beberapa kes kehilangan kanak-kanak di hutan yang dipercayai angkara nenek kebayan. Hansel dan Gretel diupah oleh datuk bandar Augsburg untuk memburu nenek kebayan yang terlibat dan mencari kanak-kanak yang hilang. Mengapa nenek kebayan ingin menculik kanak-kanak? Adakah mereka mahu memakan kanak-kanak tersebut? Semuanya akan terjawab jika anda menonton filem ini di pawagam.

Sinematografi

Bagi mereka yang mengharapkan sebuah cerita dongeng seperti Cinderella atau Pinocchio, anda akan hampa. Filem ini tidak syak lagi sebuah filem penuh aksi, dan sebuah filem aksi yang agak ganas. Terdapat banyak babak-babak aksi yang melibatkan darah dan anggota badan yang berkecai. Jadi ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun atau wanita mengandung. Namun untuk meredakan tekanan ia juga mempunyai babak aksi yang melucukan.

Hansel and Gretel

Pengambarannya pula bayak dilahukan di kawasan hutan yang kelihatan seperti di Eropah dan kelihatan indah sekali.

Menariknya tentang filem ini ialah gajet dan senjata yang digunakan Hansel dan Gretel. Walaupun filem ini diset pada sekitar abad ke 18, namun senjata yang digunakan diilhamkan oleh senjata moden, yang kadang-kala agak melampau. Contohnya, pada babak akhir, sebuah Gatling gun digunakan untuk membunuh kumpulan nenek kebayan di mana secara logiknya, senjata itu belum lagi wujud di zaman itu. Namun ini hanya untuk menambahkan lagi keseronokan menonton filem ini.

Lakonan

Lakonan pelakonnya baik, namun amat jelas bahawa semua lakonan adalah berdasarkan budaya orang Amerika walaupun filem ini berkisar tentang orang Eropah. Penggunaan ayat-ayat dan frasa moden juga agak tidak bersesuaian dengan zaman tersebut. Namun semua itu dibuat untuk meningkatkan nilai komersial filem ini.

 IMDB

Kesimpulan

Filem ini merupakan filem aksi yang ringan dan santai. Lakonannya menghiburkan dan jalan ceritanya mudah sesuai untuk mereka (18 tahun ke atas) yang hanya ingin melepaskan tekanan setelah penat bekerja seharian.

Keseluruhan – 6/10
Sinematografi – 7/10
Lakonan Layar – 6/10
Muzik / Soundtrack – 5/10
Produksi Teknikal – 6/10

 

2 Comments

2 Comments

  1. Syah

    January 25, 2013 at 8:34 AM

    gemma mmg hot giler!! dlm prince of persia pun samerr…

    • iMyn

      January 25, 2013 at 2:25 PM

      The new Cathrine Zeta Jones bro…haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top