Antarabangsa

The Divergent Series: Allegiant Part 1 [Review]

Kita sudah hampir ke penghujung siri filem The Divergent Series dengan mulanya penayangan filem Allegiant Part 1. Filem ini menyambung kisah filem lalu iaitu Insurgent di mana pentadbiran yang diketuai Jeanine telah berjaya ditumbangkan.

allegiant part 1

The Divergent Series: Allegiant [Review]

Dalam filem terbaharu dalam siri filem The Divergent Series bertajuk Allegiant Part 1 , bandar Boston telah berjaya dibebaskan dari pentadbiran Jeanine, tetapi akibat perpecahan sistem masyarakat yang berasaskan puak, berlaku perebutan kuasa yang menghampiri perang saudara.

Akibatnya, Tris, Four dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk lari dari bandar tersebut dengan memanjat turun tembok penghalang yang mengepung bandar tersebut. Apakah yang mereka jumpa di sebalik tembok berkenaan? Untuk mengetahuinya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

thumbnail_23185

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini agak menarik kerana akhirnya penonton diperkenalkan kepada landskap di luar bandar Boston dan bagaimana sebenarnya kehidupan di sebalik tembok berkenaan. Segla mengenai bandar berkenaan akan terjawab dalam filem ini. Tetapi kami tidak akan mendedahkannya di sini.

Walaubagaimanapun, apa yang ditemui dan reaksi watak-watak protagonis kepada perkara tersebut sememangnya boleh dijangka, lebih-lebih lagi dengan filem seperti The Maze Runner dan The Hunger Games mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

allegiant

Tambahan pula, bahagian jalan cerita yang berlangsung di bahagian luar tembok berlangsung pada kadar yang agak pantas menyebabkan penonton tidak dapat menghayati persekitaran baharu itu. Ini menjadikan filem ini tidak mempunyai kesan mendalam kepada penonton dan saya yakin penonton akan melupakan filem ini sebaik saja tiba di rumah atau apabila singgah makan  di restoran selepas menonton wayang.

allegiant-evelyn

Kesan Khas dan Skor Muzik

Kesan khas dalam filem ini agak kurang meyakinkan, terutamanya di bahagian animasi CGI pesawat udara dan dorn yang boleh menangkap manusia dalam satu gelembung udara. Kedua-dua animasi tersebut kelihatan kurang realistik, tetapi boleh diterima. Namun, kesan khas komputer yang digunakan para anggota tentera, termasuk dron mereka agak menarik dan cool.

Oleh kerana filem ini merupakan filem remaja, ia juga tidak mempunyai kesan darah yang jelas. Ini menyebabkan babak aksi kelihatan agak pelik kerana tembakan senjata dan tikaman pisau tidak mengeluarkan sebarang kesan darah ke atas mangsa.

3_Eugenics

Positif vs Negatif

Positif

  • Persekitaran jalan cerita filem yang lebih menarik.
  • Situasi sebenar dunia filem Divergent didedahkan dalam filem ini.

Negetif

  • Sebahagian animasi CGI kurang memuaskan.
  • Secara keseluruhan, jalan ceritanya tidaklah begitu memberangsangkan.

divergent-allegiant-movie-reviews-jeff-daniels

Kesimpulan

Dalam siri filem Divergent, filem Allegiant Part 1 ini merupakan antara paling menarik dari segi jalan ceritanya setakat ini, di mana filem Insurgent dilihat paling menarik dari segi aksinya.  Sungguhpun begitu, ia tidaklah membawa suatu idea yang baharu dan jika penonton telah menonton filem seperti The Maze Runner, mereka sudah boleh mengagak apa yang berlaku seterusnya.

Tetapi ini tidak bermakna anda patut mengelak dari penonton filem ini. Kami rasakan oleh kerana ini merupakan filem sebelum filem terakhir, ia hanya bertindak sebagai asas jalan cerita untuk filem terakhir nanti iaitu Allegiant Part 2, di mana dijangka lebih banyak selok-belok dan aksi menarik akan dipersembahkan.

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. puteraalam

    July 27, 2016 at 7:18 PM

    menghiburkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top