Antarabangsa

Collide [Review]

Collide bukanlah sebuah filem yang ditunggu-tunggu ramai namun kami telah berpeluang menonton filem Eropah ini dan di sini kami memberi pendapat kami mengenai filem cinta/aksi ini.

Collide [Review]

Collide pada asasnya merupakan sebuah filem cinta bertemakan aksi mengesahkan seorang backpacker Amerika, Casey Stein, yang terjebak dengan kegiatan penyeludupan dadah bertemu dengan seorang wanita Amerika, Juliette Marne, yang bekerja di sebuah bar di Cologne, Jerman. Beliau kemudian jatuh cinta dengannya. Namun, Juliette enggan menerima Casey kerana kerjanya yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana itu Casey mengambil keputusan untuk berhenti kerja terkutuk itu dan mencari kerja yang halal.

Semuanya indah-indah belaka sehingga satu hari Casey mendapat tahu bahawa Juliette menghadapi penyakit buah pinggang kronik. Oleh kerana mereka bukan rakyat Jerman, mereka tidak mendapat perlindungan yang diperlukan untuk merawat penyakit tersebut. Ini bermakna mereka perlu membayar kos rawatan sendiri yang berjumlah 200,000 Euro.

Kerana terdesak, Casey terpaksa menolong bos dadahnya, Geran, untuk mencuri bekalan dadah dari pembekal dadah mereka, Hagen Kahl, walaupun idea ini ditegah sekeras-kerasnya oleh Juliette.

Adakah rompakan mereka ini akan berhasil? Atau adakah beliau akan ditangkap? Ketahui kesudahannya dengan menonton filem ini di pawagam.

Jalan Cerita dan Lakonan

Pertama sekali, mengenai jalan cerita filem ini, secara asasnya ia adalah sebuah filem aksi tipikal Eropah dan ia seolah menggunakan templete yang sama seperti filem-filem The Transporter (Nicholas Hoult turut berlakon dalam filem Transporter : Reloaded). Ia tidaklah se-klise filem aksi Holywood dan terdapat juga putaran plot  yang menjadikannya menarik, namun ia bukanlah plot cerita yang lain dari yang lain.

Babak-babak aksi dan lagak ngerinya juga mendebarkan, terutamanya dengan kehadiran (dan kemusnahan) pelbagai kereta sport mewah dalam filem ini. Ia bolehlah dibandingkan dengan kehebatan aksi kereta filem The Transporter. Tambahan pula, penggunaan CGI berada pada tahap paling minima.

Jika dilihat barisan pelakonnya, ia terdiri dari pelakon-pelakon handalan, terutamanya Felicity Jones (Rouge One: A Star Wars Story), Sir Ben Kingsley dan Anthony Hopkins. Bagi kami lakonan Anthony Hopkins sebagai ketua sindiket dadah Hagen Kahl adalah yang terbaik. Kahl mempunyai pewatakan tenang dan pada masa sama sangat ganas serta pandai menggunakan ayat yang menampakkan kebijaksanaan dan “kelas“. Jika anda menonton siri TV Westworld, lakonannya menyamai kehebatan lakonannya dalam siri TV tersebut.

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi yang mendebarkan
  • Lakonan mantap Anthony Hopkins
  • Jalan cerita yang mudah difahami dan tidak berat.

Negatif

  • Tiada apa yang baharu ditampilkan

Kesimpulan

Secara keseluruhan, filem Colide merupakan sebuah filem yang menghiburkan dan mampu menarik minat tontonan anda sehingga ke penghujung filem. Kami merekomen anda menonton sekadar untuk melepaskan stres di penghujung minggu yang sibuk. Namun, tiada apa yang baharu mengenai filem ini. Ia sebuah filem aksi Eropah yang tipikal (berlainan sedikit dari filem aksi tipikal Holywood). Jika anda mendapat tiket early bird yang lebih murah, ia berbaloi. Tetapi mungkin tidak begitu berbaloi jika anda membayar penuh untuk tiket wayang (RM18++).

Penilaian: 6.5/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top