Antarabangsa

Cloud Atlas : Kisah Cinta Merentasi Masa (Review)

Cloud Atlas

Walaupun filem ini mungkin tidak akan disiarkan di Malaysia, kami berpeluang menonton filem Cloud Atlas yang sungguh menarik ini. Cloud Atlas merupakan satu filem yang agak sukar untuk dijelaskan. Ia merupakan 6 kisah yang berlainan dari zaman berlainan yang berkaitan antara satu sama lain. Setiap watak dalam satu kisah ada kaitannya dengan satu lagi kisah pada masa hadapan.

Jalan cerita filem ini sedikit bercelaru dan bagi mereka yang sukar menumpukan perhatian mungkin akan kehilangan plot di separuh jalan. Babak-babaknya akan bertukar-tukar dari zaman ke zaman dan kadang-kada mengelirukan jika anda tidak menumpukan perhatian. Sungguhpun begitu, jika anda mampu mengikuti plotnya, anda pasti akan dapat menghargai kebijaksanaan pengarahnya menyusun babak-babak sedemikian rupa supaya penonton mampu memahami kisah setiap zaman tanpa memutuskan kesinambungan kisah dari zaman ke zaman.

Cloud Atlas

Mengikut kronologi, kisah pertama ialah mengenai seorang peguam British pada abad ke 18 yang pergi ke salah sebuah koloni Britan di mana di sana dia jatuh sakit dan dihantar pulang ke England. Dalam perjalanan pulang, di mendapati ada seorang hamba berkulit hitam yang menyeludup masuk ke atas kapal. Dia pun mengambil keputusan membela hamba tersebut.

Kisah kedua mengenai sepasang gay pada zaman 40an yang mana salah satunya berbakat tinggi dalam bidang muzik. Dia telah ditugaskan mencipta muzik bersama seorang veteren dalam bidang muzik. Muzik yang dicipta mereka dinamakan Atlas Cloud. Malangnya veteran tersebut sebenarnya telah mengetahui dia seorang gay dan mengugut akan menyebarkannya kepada umum jika dia tidak menghabiskan penciptaan muzik tersebut.

Cloud Atlas

Kisah ketiga pula mengenai seorang pemberita pada zaman 70an yang ingin mendedahkan salah laku syarikat minyak dan nuklear kepada umum dan kemudiannya diancam dengan pembunuhan.

Kisah keempat mengenai seorang penerbit majalah pada masa kini yang jatuh muflis dan dikejar pemiutang. Dia meminta tolong adiknya namun adiknya walaupun bersetuju menyelesaikan hutangnya telah menghantarnya ker rumah orang-orang tua. Kisah lucu ini adalah mengenai bagaimana dia berkomplot dengan kawan-kawan untuk melepaskan diri daripada rumah orang-orang tua tersebut.

Kisah kelima pula disetkan pada abad ke 22 di mana para pekerja dalam sesebuah syarikat dihasilkan seperti haiwan ternakan ternakan. Walaupun mereka seperti manusia biasa, minda mereka dikawal supaya mengikut telunjuk bos mereka. Kisah ini merupakan kisah penuh aksi dan futuristik.

Cloud Atlas

Kisah terakhir pula disetkan selepas kejadian dalam abad ke 22 dimana tamadun manusia telah runtuh dan manusia hidup seperti orang gasar. Terdapat kaum manusia yang moden yang ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada abad ke 22 kerana ia telah menjadi satu agama pada zaman keruntuhan tesebut.

Kisah-kisah ini semuanya ada kaitan antara satu sama lain walaupun kesinambungannya agak kabur antara kisah keempat (kisah zaman ini) dengan kisah-kisah lainnya.

Lakonan

Mutu lakonan dalam filem ini tidak dapat dipertikaikan. Setiap pelakon utama akan memainkan sekurang-kurangnya dua watak dalam zaman yang berlainan dan nampaknya pelakon-pelakon tersebut dapat membawa watak masing-masing dengan baik walaupun pada zaman masa hadapan bahasa Inggeris sudahpun menjadi tunggang-langgang. Namun, tidak dapat dinafikan Tom Hanks tidak dapat bercakap dalam loghat British kampung dengan baik.

Cloud Atlas

Produksi dan Sinematografi

Produksi Holywood sebesar ini memang tidak dapat dinafikan kehebatannya, namun kualiti CGInya tidak setanding Avatar mahupun Total Recall. Tetapi babak-babak zaman dahulu dihasilkan dengan sempurna.

Muzik

Atlas Cloud sebenarnya mempuyai soundtrack yang sangat menarik, namun malangnya penampilan lagu tema tidak memberi impak maksimum dalam jalan ceritanya.

Kesimpulan

Filem ini sememangnya tidak akan memasuki wayang di negara ini kerana unsur LGBT dan isu akidah yang dijangka akan memberi masalah kepada Lembaga Penapisan Filem. Namun secara keseluruhan kisah-kisah ini menceritakan cinta, prinsip dan keteguhan diri menentang ketidakadilan dan kejahatan. Jika anda ingin menonton filem ini anda terpaksa menggunakan cara alternatif untuk menontonnya, namun ia memang bebaloi. Anda akan merasa hampa dikembalikan ke alam realiti setalah menjelajahi alam-alam yang asking dalam filem ini.

IMDB

Keseluruhan – 8/10
Sinematografi – 9/10
Lakonan Layar – 8/10
Muzik / Soundtrack – 7/10
Produksi Teknikal – 7/10
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top