Antarabangsa

Chappie [Review]

Seperti saya pernah sebut dalam pos-pos sebelum ini, pengarah Neill Blomkamp merupakan salah seorang pengarah kegemaran saya dan hasil karya terbaharu pengarah Afrika Selatan ini, Chappie tidak menghampakan. Tetapi filem ini menampilkan kelainan berbanding filem-filem sebelumnya kerana menampilkan tema yang lebih menekankan kekeluargaan.

Chappie_THUMB-1415140242076

Chappie [Review]

Chappie berkisar di Afrika Selatan dalam tahun 2016 di mana pihak polis Johannesberg telah menggantikan sebahagian besar pasukan polisnya dengan robot-robot yang dikawal secara berpusat. Deon Wilson (Dev Patel), pencipta robot-robot tersebut tidak berpuas hati setakat robot yang ada sekarang dan ingin mencipta robot yang boleh berfikir secara sendiri, seperti seorang manusia namun tidak dibenarkan syarikatnya,

download

Oleh kerana terdesak, dia mencuri satu robot yang rosak dan memberikannya kod yang memberikannya kebolehan berfikir secara sendiri. Di situ lahirlah Chappie. Tetapi, Pada masa yang sama, rakan sekerjanya, Vincent Moore (Hugh Jackman),  ingin menjatuhkannya dan menaikkan produk robotnya sendiri. Untuk kisah sepenuhnya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita

Tema atau latarbelakang filem ini bukan suatu yang asing. Manusia digantikan dengan robot. TIdak ubah seperti tema filem Robocop yang baharu. Namun cara pengarah mengolah filem ini dan menyesuaikannya dengan budaya dan realiti masyarakat Afrika Selatan adalah keistimewaan filem ini.

chappie-die-antwoord

Berlainan dari filem-filem Neill Blomkamp sebelum ini filem Chappie tidak memfokuskan terlalu banyak kepada aksi-aksi tembah-menembak dan lawan-melawan, sebaliknya memfokuskan kepada aspek “kemanusiaan” yang ada pada robot tersebut setelah diberi kod yang memberikannya kebolehan berfikir secara sendiri seperti manusia. Ia menampilkan suka-duka dan gelak-tawa proses pembelajarannya dari peringkat awal sehingga akhir dibesarkan oleh sekumpulan gangster.

chappie-guns

Jika dalam filem-filem Blomkamp sebelum ini, tahap keganasan agak tinggi dengan banyak babak-babak anggota badan berterbangan, tetapi dalam filem ini juga tahap keganasan “blood & gore” juga telah dikurangkan dan sikap Chappie yang tidak sukakan keganasan juga sedikit sebanyak mengurangkan keganasan itu. Namun tidak bermakna tiada langsung keganasan. Anda masih perlu berusia 18 tahun ke atas untuk menonton filem ini.

Secara keseluruhan, jalan ceritanya sangat menghiburkan dan mempunyai elemen lucu, menyentuh hati dan mendebarkan. Walaubagaimanapun, banyak kelemahan kecil dalam plotnya seperti kawalan sekuriti lemah syarikat berteknologi tinggi dalam filem ini membingungkan saya dan tidak masuk akal. Begitu mudah untuk mencuri harta syarikat termasuk senjata berkuasa.

o-CHAPPIE-facebook

Produksi

Walaupun robot-robot polis ini kelihatan mirip robot-robot dalam filem Blomkamp sebelum ini seperti Elysium, animasinya dibuat dengan sangat baik. Saya mengagak mereka menggunakan teknik motion capture untuk membuat animasi Chappie dalam filem ini kerana pergerakkannya sangat baik dan seperti manusia. Pujian patut diberi dalam kes ini.

Chappie-Trailer-25-1280x533

Positf & Negetif

Positif

  • Jalan cerita yang menghiburkan dan ada nilai pengajaran moral.
  • CGI berkualiti tinggi dan realistik.

Negetif

  • Kelemahan sekuriti syarikat robot berkenaan sangat tidak masuk akal.
  • Rekabentuk robot “kitar semula” dari filem Elysium.

Kesimpulan

Walaupun tidak segempak filem Blomkamp sebelum ini, filem Chappie tetap sebuah filem mesti tonton. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah memberi pengajaran moral terutamanya dalam membesarkan kanak-kanak. Saya yakin anda tentu terhibur dengan filem ini.

IMDB

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Chappie | KaKi Borak

  2. Pingback: Chappie | Berita Kanteen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top