Antarabangsa

Captain America Civil War [Review]

Filem Captain America Civil War sememangnya ditunggu-tunggu ramai, terutamanya apabila trailernya menggambarkan bahawa Spiderman akan turut serta dalam filem berkenaan. Namun, adakah filem ini bakal memuaskan hati peminatnya yang telah lama menunggunya.

captain_america_civil_war

Captain America Civil War [Review]

Captain America Civil War menyambung dari dua buah filem, iaitu Avengers 2 Age of Ultron dan Captain America 2 Winter Soldier. Akibat kemusnahan Sokovia dan pelbagai kemusnahan lain akibat aktiviti adiwira berkaitan Avengers, dunia bersepakat untuk meletakkan pasukan Avengers di bawah kawalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

captain-america-civil-war-black-panther-feature

Langkah ini dipersetujui oleh Tony Stark, tetapi tidak dipersetuji oleh Steve Rogers (Captain America). Ketidaksepakatan yang pada mulanya tidak membimbangkan itu bertukar menjadi seolah perang saudara antara adiwira terlibat di sebabkan faktor-faktor tertentu yang akan diketahui apabila menonton filem ini.

Apakah yang akan terjadi dengan pertubuhan Avengers dan adiwira-adiwira Marvel? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Captain America Civil War

Jalan Cerita dan Lakonan

Tiada apa yang boleh dikomen atau kritikan mengenai lakonan watak-watak utamanya selain lakonan mereka pada tahap yang diharapkan untuk pelakon berstatus Holywood.

Jalan cerita filem ini banyak menggabungkan perkara yang berlaku pada masa lampau dan masakini yang berkaitan dengan Winter Soldier yang juga merupakan Buckey Barnes, sahabat karib Steve Rogers. Jalan ceritanya berkembang dengan kadar yang baik, membolehkan ia mudah difahami penonton. Namun penonton mungkin akan sering terlupa bahawa filem ini merupakan filem Captain America dan bukan filem Avengers kerana filem ini menampilkan ramai adiwira-adiwira Avengers dan lebih banyak lagi sebagai watak utamanya.

captain america civil war avengers

Seperti dalam mana-mana filem Marvel Avengers, babak aksi dan berlawannya panjang dan akan memuaskan peminat-peminat filem aksi, manakala lawak sepontannya membuat penonton tidak kering gusi. kemunculan watak-watak adiwira yang tidak disangka juga menjadikan filem ini menarik dan tidak membosankan.

Tetapi mungkin bagi sesetengah penonton, formula filem-filem adiwira Marvel Avengers kelihatan sama dan semakin boleh dijangka. Apa pun, apa yang tidak boleh dinafikan, filem-filemnya mempunyai nilai hiburan yang tinggi.

_1431034634

Kesan Khas dan Skor Muzik

Secara umumnya, tiada kecacatan besar pada kesan khas dan lagak ngeri dalam filem ini yang perlu disebut. Semuanya dilaksanakan dengan baik, tetapi babak perlawanan di lapangan terbang sediki pelik kerana tiada langsung kelibat orang awam dan pihak berkuasa tempatan, sedangkan pasukan Avengers sedang berperang sesama sendiri.

Kami tidak pula perasan kehadiran skor muzik dalam filem ini. Ini bermakna skor muziknya samada sangat berkesan dalam mendatangkan impak menaikan mood babak filem itu tanpa terlalu menonjol ataupun sememangnya ia tiada skor muzik.

3054002-poster-p-2-enjoy-the-captain-america-civil-war-trailer-if-youve-seen-every-marvel-movie

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita, lawak jenaka dan aksi yang menghiburkan penontonnya.
  • Kesinambungan dari filem sebelumnya dibuat dengan baik.
  • Kemunculan adiwira yang tidak disangka mendatangkan nafas baharu kepada francais itu.

Negetif

  • Formula filem Marvel kelihatan semakin sama dan boleh dijangka.
  • Tiada watak jahat yang dominan dalam filem ini.

MV5BMTQ3NjIwMzk5MV5BMl5BanBnXkFtZTgwMjY0MjY1ODE@._V1_CR0,60,640,360_AL_UX477_CR0,0,477,268_AL_

Kesimpulan

Tiada sebarang keraguan bahawa anda patut menonton filem ini di pawagam, terutamanya bagi peminat filem Marvel. Walaupun filem ini menampilkan sedikit perbezaan, tidak dapat dinafikan bagi mereka yang mengikuti filem Marvel sudah boleh melihat formula atau corak yang ditampilkan dalam filem-filemnya sehingga boleh mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Tetapi jika formula itu berkesan, apa salah gunakannya berulang kali, bukan? Apa pun secara keseluruhannya filem ini menghiburkan, tetapi seperti filem-filem Marvel sebelum ini, ia bukan satu filem yang anda akan ingat untuk jangkamasa lama.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

Captain-America-Civil-War-Trailer-1-Iron-Man-War-Machine

2 Comments

2 Comments

  1. semakan upu

    May 4, 2016 at 11:31 AM

    tak tengok lagi.minggu depan baru berkesempatan tengok..tapi saya lebih excited menunggu xmen apocalypse berbanding civil war ni

    • iMyn

      May 4, 2016 at 3:40 PM

      Lepas tgk movie ni, kami pun rasa tak sabar nak tgk xmen apocalypse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top