Antarabangsa

Batman vs Superman : Dawn Of Justice [Review]

Belum sempat kami menonton filem Batman vs Superman : Dawn of Justice, kami telah mendengar khabar dari peminat-peminat dan pembaca tegar DC Comics bahawa mereka langsung tidak menyukai filem tersebut dan telah mula mengutuknya di laman sosial. Menurut mereka, watak-watak yang dipaparkan dalam filem tidak menepati apa yang dipaparkan dalam komik. Begitu juga jalan ceritanya. Namun, oleh kerana kami bukan pembaca tegar DC Comics, kami cuba menilai filem ini dari pandangan neutral.

Batman-V-Superman-Trailer-Fight-Heat-Vision

Batman vs Superman : Dawn Of Justice [Review]

Batman vs Superman : Dawn of Justice membawa penonton kembali kepada kejadian yang berlaku dalam filem Superman : Man of Steel di mana pasukan Jeneral Zod menyerang Metropolis menyebabkan bandar tersebut hampir musnah. Tetapi dalam kejadian ini, pejabat Wayne Finances milik Bruce Wayne telah runtuh akibat pertembungan pasukan Jeneral Zod dengan Superman menyebabkan rakan Bruce Wayne mati dalam runtuhan tersebut. Ini menyebabkan Bruce Wayne berdendam kepada Superman dan beliau berazam untuk memusnahkan Superman.

Peluang itu tiba apabila wakil Luther Corp, syarikat milik Lex Luthur telah menjumpai seketul Kryptonite yang besar, cukup besar untuk membina senjata yang boleh membunuh orang-orang planet Krypton.

Superman pula terpaksa melayan kerenah orang politik dan orang awam yang tidak percaya kepadanya kerana kuasa yang ada padanya dan risiko yang dibawanya kepada bumi.

Bagaimanakah semua isu ini akan diselesaikan mereka? Untuk jawapannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

batman-vs-superman-theories-officially-proved-debunked-but-which-are-true-668304

Jalan Cerita dan Lakonan

Kami telah mendengar luahan peminat dan pembaca tegar DC Comics dan rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara pengolahan cerita dan watak-wataknya yang langsung tidak menepati apa yang dipaparkan dalam komiknya. Sajauh manakah kebenarannya? Kami tidak pasti kerana kami sendiri tidak mengikuti DC Comics terutamanya mengenai pertembungan Batman dan Superman.

Tetapi jika dinilai secara objektif, kami rasa jalan ceritanya tidak seteruk digambarkan peminat tegar itu. Filem ini dimulakan dengan agak pantas dengan terus membawa penonton ke kejadian serangan Jeneral Zod dari pandangan Bruce Wayne. Kemudian ia menganjak 18 bulan ke hadapan di mana kisah sebenar Batman vs Superman bermula.

maxresdefault (3)

Bermula dari bahagian ini, jalan ceritanya mula perlahan dan beranjak-anjak dari kisah Superman/Clark Kent, Batman/Bruce Wayne, dan sekali-sekala menjenguk kepada Wonder Woman/Diana Prince. Babak ini mungkin dipenuhi transisi babak-babak yang mengelirukan, jadi penonton harus memberi tumpuan bagi memahami jalan ceritanya.

Tetapi bahagian paling menghairankan adalah sebab kenapa Batman dan Superman akhirnya berhenti bermush. Kami tidak percaya bahawa penulis skripnya boleh menulis skrip sebegitu rupa dan pengarah membenarkannya. Jika anda menonton filem ini, bolehlah anda beri pendapat mengenai isu ini di bahagian komen.

Batman-V-Superman-Zack-Snyder-Brings-Batmobile-to-Comic-Con

Dari segi lakonan watak-wataknya, hampir semua wataknya dalam mood yang sedih ataupun marah sepanjang filem ini. Kami merasakan Ben Affleck tidak sesuai membawa watak Bruce Wayne, tetapi kami rasakan beliau dipilih kerana pengarah ingin menggambarkan Bruce Wayne sebagai seorang bujang terlajak dan Ben Affleck adalah orang paling sesuai untuk membawa watak tersebut. Watak Wonder Woman pula muncul terlalu sedikit dan penonton tidak diberi peluang mengenali watak ini dengan lebih mendalam.

Watak Lex Luthor pula lebih mirip kepada Joker kerana keadaan mental yang tidak stabil. Kami berasa agak hampa dengan persembahan watak tersebut.

Batman-V-Superman-Trailer-Wonder-Woman-Trinity

Kesan Khas

Tiada banyak yang boleh kami komen mengenai kesan khasnya, namun satu perkara yang kami berasa mahu ketengahkan ialah kami berasa lucu melihat gaya Batman melawan dengan watak jahat di penghujung filem ini kerana animasi CGI yang dipaparkan memperlihatkan Batman seperti Cicakman.

Kami juga tidak mengemari watak jahat yang perlu dikalahkan oleh Batman, Superman dan Wonder Woman kerana ia dilihat lebih sesuai dimasukkan dalam filem Ultraman berbanding filem DC Comics.

did-the-batman-vs-superman-dawn-of-justice-trailer-reveal-doomsday-s-biohazardous-origin-752527

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita secara keseluruhan agak baik.
  • Babak aksi yang memuaskan.
  • Gajet dan kenderaan Batman yang agak menarik

Negatif

  • Setengah babak-babak yang tidak masuk akal seperti babak Batman dan Superman berhenti bermusuh.
  • Transisi dari babak ke babak kadang-kala kelam-kabut.
  • Lex Luther terlalu menjengkelkan dan lebih mirip kepada Joker.

Kesimpulan

Filem Batman vs Superman : Dawn of Justice merupakan sebuah filem yang sukar dikategorikan. Ia filem yang baik, tetapi pada masa yang sama ia filem yang teruk bergantung kepada sejauh mana anda meletakkan harapan padanya. Secara mudahnya, mungkin kami boleh simpulkan dengan kenyataan, filem ini sama menarik dengan trailernya. Setakat mana keterujaan anda terhadap trailernya, begitulah dijangkakan perasaan anda terhadap filemnya. Jika anda telah menonton filem ini, silalah beri komen di bahagian komen.

Penilaian : 6/10

IMDB

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Batman vs superman : dawn of justice | Kedai KoPi

  2. Otamu

    April 19, 2016 at 7:01 PM

    macam xactive jee. Hurmmm…

  3. puteraalam

    July 27, 2016 at 7:16 PM

    membosankan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top