Antarabangsa

Assassins Creed [Review]

Selamat Hari Krismas kepada yang menyambutnya dan selamat ambang tahun baharu 2017. Maaf kami sudah lama tidak mempos review. Admin mengerjakan umrah dalam masa dua minggu lalu. Apa pun, kali ini kami berkesempatan menonton filem Assassins Creed, sebuah filem adaptasi permainan video dengan nama yang sama. Biasanya filem berdasarkaan pemainan video gagal menempa nama di layar perak. Bagaimana pula dengan filem ini?

Assassins Creed

Assassins Creed [Review]

Assassins Creed mengisahkan Callum Lynch, seorang pembunuh yang dihukum mati oleh mahkamah tetapi diselematakan oleh Abstergo Industries, iaitu versi Pertubuhan Knights Templer yang dimodenkan. Pertubuhan Templer ini merupakan golongan yang telah menawan seluruh Granada dan Andalusia dari penguasaan orang Islam pada tahun 1492.

Pada masa kejatuhan Granada, Sultannya memiliki “Apple of Eden” yang dikatakan mengandungi sumber pengkhianatan manusia dan dengan memiliki epal tersebut, pemiliknya boleh menghapuskan kebebasan berfikir manusia dan kononnya membawa kedamaian kepada bumi.

Untuk itu mereka menggunakan sejenis mesin bernama Animus yang boleh disambungkan kepada Callum untuk mengases memori Agular, seorang assassin yang hidup pada zaman berkenaan untuk mengetahui di mana epal itu disorokkan. Callum merupakan keturunan kepada Agular di mana DNAnya menyimpan memori Agular.

Tetapi, semakin Callum menggunakannya, semakin banyak beliau mengingat kembali tanggungjawab Agular sebagai seorang Assassin. Apakah akan berlaku seterusnya? Tontonlah filem ini di pawagam.

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini agak menarik kerana ia menampilkan satu pandangan alternatif kepada kejatuhan kerajaan Islam Andalusia dan bagaimana Assassins ini merupakan satu pertubuhan yang bekerjasama dengan kerajaan tersebut, walaupun bukan sebahagian dari kerajaan itu. Jalan ceritanya akan silih berganti antara zaman “Spanish Inquision” dan zaman kini. Sungguhpun demikian, jalan ceritanya tidak sukar difahami.

Babak aksinya sangat menarik di mana penggunaan gabungan pakour dan koreografi seni mempertahankan dirinya sangat menjadi. Pelakon-pelakonnya juga jelas sekali menerima latihan yang secukupnya untuk melakonkan babak lawan dan kejar-mengejar yang mendebarkan.

Walaubagaimanapun, agak mengecewakan apabila filem ini tamat lebih awal dari jangkaan. Dengan kata lain bahagian penamatnya agak lemah dan berakhir dengan kurang elegen. Agak jelas bahawa mereka mahu membikin beberapa filem lagi dalam francais Assassins Creed, tetapi cara mereka menamatkan filem pertama ini agak mengecewakan.

Lakonan para pelakonnya boleh diberi pujian terutamanya lakonan babak berlawan di mana tahap kebolehan seni pertahanan pelakon-pelakonnya menunjukkan para pelakon dan pelakon tambahannya bukan setakat tangkap muat sahaja, Sebaliknya menerima latihan yang secukup.

Positive vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang menarik dan mudah difahami.
  • Babak berlawan yang menarik

Negatif

  • Kesudahannya yang agak terburu-buru menyebabkan rasa tidak puas hati.

Kesimpulan

Assassins Creed merupakan sebuah filem aksi yang menarik walaupun mendapat kritikan para pengkritik filem di US dan Eropah. Mungkin mereka terlalu tegas dalam membandingkan filem dengan permainan video untuk membuat kesimpulan mereka. Kami sejujurnya tidak bermain permainan video Assassins Creed, walaupun pernah melihat orang lain bermainnya. Mungkin kerana itu kami tidaklah begitu tegas dalam penilaiannya.

Apa pun, anda tidak perlu bermain permainan videonya terlebih dahulu untuk menikmati filem ini. Jalan cerita dan latarbelakangnya akan dijelaskan dalam filem tersebut secara jelas. Persoalannya, adakah mereka akan mengikuti siri permainan Assassins Creed yang lain ( 1, 2, 3 dan sebagainya) dalam menentukan jalan cerita filem seterusnya? Kita tunggu dan lihat.

Penilaian: 7/10

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Assassins creed | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top