Antarabangsa

Antman [Review]

Setelah dua minggu filem Antman ditayangkan, barulah kami mempunyai peluang untuk menonton filem adiwira ini. Sejujurnya, kami tidak mengetahui akan kewujudan watak Antman dalam dunia Marvel, namun trailernya kelihatan menarik dan memukau kami untuk menonton filem ini di pawagam.

ant-man-costume

Antman [Review]

Antman mengisahkan Scott Lang, seorang bekas pencuri professional yang baru sahaja kelepaskan dari penjara. Beliau bertekad untuk bertaubat dan tidak lagi mencuri. Namun kerana kesempitan wang dan tiada syarikat yang mahu mengambilnya bekerja kerana beliau adalah bekas banduan, beliau mula mencuri semula.

Beliau kemudian mendapat maklumat untuk mencuri satu peti besi milik seorang warga emas apabila dibuka, ia tidak mengandungi barangan berharga kecuali sepasang pakaian aneh. Tanpa disangka pakaian berkenaan adalah pakaian Antman yang mebolehkan pemakainya berulang-alik menjadi kecil dan kembali besar. Warga emas yang memiliki peti besi itu merupakan seorang saintis bernama Dr Hank Pyme dan beliau mempunyai tugasan khas untuk Scott dan rakan-rakan pencurinya.

Untuk mengetahui kesudahan filem ini, tontonilahnya di pawagam berhampiran anda.

Marvel's Ant-Man..Scott Lang/Ant-Man (Paul Rudd)..Photo Credit: Zade Rosenthal..? Marvel 2014

Jalan Cerita

Filem komedi aksi ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan tidak terlalu berat. Sesuai bagi mereka yang ingin menonton filem yang santai dan tidak mahu terlau memenatkan fikiran mereka. Namun ramuan lawak jenaka, aksi dan dramanya semua diadunkan dalam kuantiti sederhana, menjadikan ia menghiburkan, tetapi tidaklah memberangsangkan.

Evangeline_Lilly_Ant-Man

Oleh kerana syot-syot dalam filem ini berulang-alik antara Antman yang kecil dan besar, cara penceritaan babak lawannya agak unik dan berkesan. Sebagai contoh, semasa berlawan dengan ketua penjahat dalam mod kecil, kemusnahan sekeliling digambarkan sebagai sangat dahsyat. Tetapi jika dipandang dari pandangan orang bersaiz biasa, kemusnahan yang sama langsung tidak gempak. Perbandingan visual ini dilihat sangat unik dan lucu.

Namun, kami suka bagaimana filem ini dikaitkan dengan pasukan Avengers dan penyertaan watak dari kumpulan tersebut, sungguhpun Antman tidak menyertai kumpulan tersebut dalam filem ini.

ant-man-trailer-every-secret-and-easter-egg-we-found-354736

Lakonan

Lakonan watak utama Scott Lang agak kaku dan tidak memberi impak tinggi dalam filem ini, tetapi rakan pencurinya, terutama Luis mempunyai karektor yang sangat lucu dan bersahaja. Beliaulah watak sampingan kegemaran kami. Malah babak-babak di mana beliau menceritakan sesuatu kepada Scott agak unik dan lucu sehingga menjadi satu perkara yang diingati dalam filem ini.

antman-corey-stoll-jpg

Positif dan Negetif

Positif

  • Seoarang adiwira yang agak unik.
  • Penceritaan yang agak menarik
  • Penglibatan Avengers dan Shield.

Negetif

  • Filem tidaklah begitu memberangsangkan
  • Lawak jenaka tidaklah begitu lucu.

Kesimpulan

Filem Antman merupakan sebuah filem yang menghiburkan, namun tidaklah memberangsangkan atau mengujakan sehingga kami berasa tidak sabar menonton sekuelnya. Namun, tidak rugi anda menonton filem ini untuk melepaskan tekanan selepas seminggu bekerja keras di pejabat. Pastikan anda tunggu sehingga penghabisan babak kredit kerana terdapat babak tersembunyi di bahagian penghujung kredit itu.

IMDB

5 Comments

5 Comments

  1. Pingback: Antman | KeDai KoPi

  2. Pingback: Antman | KaKi Borak

  3. Pingback: Antman - KaKi Borak

  4. Pingback: Antman | Berita Kanteen

  5. Pingback: Antman | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top