Antarabangsa

A Good Day To Die Hard [Review]

Bagi mereka yang mengikuti filem-filem Die Hard tentunya tidak sabar menonton filem aksi terbaru dalam siri filem Die Hard bertajuk A Good Day To Die Hard. Filem terbaru lakonan Bruce Willis ini tidak menghampakan dan dipenuhi segala yang diharapkan oleh peminat Die Hard iaitu aksi, jenaka dan lebih banyak aksi.

 

A Good Day To Die Hard

Dalam filem Die Hard ini, John Mclane bercuti dan ke Rusia untuk berjumpa dengan anak lelakinya, Jack yang sememangnya mempunyai hubungan yang bermasalah dengan John sejak beberapa tahun. Jack sedang dalam perbicaraan kerana terlibat dalam pelbagai jenayah terancang dan berdepan hukuman mati. Namun sebenarnya Jack adalah agen CIA yang cuba untuk menyelamatkan Komarov, seorang ketua penjenayah yang sedang dibicarakan atas pelbagai kesalahan.

CIA ingin menyelamatkan Komarov kerana dia mempunyai bukti untuk menjatuhkan seorang menteri kerajaan Rusia yang korup. Semasa dalam usaha menyelamatkan Komarov, Jack telah terserempak dengan ayahnya. Di situlah segalanya bermula.

Sinematografi dan Produksi

A Good Day To Die Hard

Sepertimana filem Die Hard sebelum ini, A Good Day To Die Hard memaparkan aksi-aksi dan lagak ngeri tanpa henti yang pasti mengujakan sesiapa yang menontonnya. Banyak kemusnahan kereta serta harta benda awam dipaparkan dalam filem ini. Memang tidak dapat disangkal bawahawa filem ini menelan belanja yang besar.

Dari segi jalan cerita, filem ini menyediakan 2 kejutan dalam jalan ceritanya yang tidak dijangka oleh penonton, namun kejutan ini tidaklahseperti kejutan dalam sebuah cerita thriller atau misteri, namun ia menjadikan filem ini menarik dan tidak hanya sebuah filem aksi yang biasa. Di antara babak-babak aksi diselitkan pelbagai babak lucu yang menyebabkan seluruh panggung kecoh dengan gelak-tawa penonton.

Walaubagaimanapun, entah kenapa, filem ini terasa pendek di mana anda mungkin menjangkakan filem akan berterusan, namun kecewa dengan penamatannya.

Lakonan

Lakonan Bruce Willis yang bersahaja memang menghiburkan dan penuh dengan lawak jenaka yang tidak dijangka. Namun watak-watak lain dilihat sedikit tenggelam kerana filem ini banyak menumpukan kepada perhubungan anak dan ayah dan bagaimana John dan Jack memperbaiki hubungan mereka sepanjang filem ini.

Kesimpulan

Filem A Good Day To Die Hard merupakan sebuah filem aksi yang menghiburkan. Namun ia hanyalah setakat menghiburkan dan tiada elemen-elemen baru dalam jalan ceritanya. Sesuai ditonton untuk melepaskan tekanan di akhir minggu yang sesak.

IMDB

Keseluruhan – 7/10
Sinematografi – 8/10
Lakonan Layar – 7/10
Muzik / Soundtrack – 5/10
Produksi Teknikal – 8/10
2 Comments

2 Comments

  1. Syah

    February 19, 2013 at 11:19 PM

    Plan nak tengok tapi baca review macam tak berbaloi tengok je, cancella haha

    • iMyn

      March 5, 2013 at 6:18 AM

      Layan gak cerita ni bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top