Antarabangsa

2Guns [Review]

2Guns mengisahkan mengenai dua orang agen menyamar yang merompak bank yang menyimpan wang yang dipercayai milik seorang ketua kartel dadah di Mexico. Pada mulanya mereka tidak kenal antara satu sama lain, hanya selepas rompakan dilakukan mereka mengetahui yang mereka berdua adalah agen menyamar.

2guns (1)

2Guns [Review]

Mark Wahlberg memainkan watak Stig, seorang ahli perisikan tentera laut dan Denzel Washington memainkan watak agen menyamar DEA. Setelah mereka merompak bank tersebut, masing-masing telah diperangkap oleh organisasi masing-masing dan kini diburu oleh pihak organisasi masing masing.

Mengeruhkan keadaan lagi, wang yang mereka rompak berjumlah lebih USD40 juta sebenarnya milik CIA menyebabkan CIA, tanpa belas kasihan memburu mereka untuk mendapatkan wang mereka kembali. Bagaimanakah mereka menyelamatkan diri? Anda perlu menonton filem ini.

Lakonan

Gandingan Mark dan Denzel sememangnya gandingan yang mantap dan lucu. Watak Denzel yang sarkastik dan Mark yang lucu serta memandai sememangnya mencerakan suasana, walaupun dalam keadaan yang genting. Penonton semestinya terhibur dengan lakonan mereka.

Jalan Cerita

Jalan cerita 2Guns adalah antara yang paling menarik antara filem aksi komedi. Ia sentiasa membuatkan penonton terfikir-fikir apa yang akan berlaku seterusnya, malah sehingga 3 per 4 filem itu ditayangkan, penonton tidak boleh mengagak bagaimana filem ini akan berakhir.

Babak-babak aksi yang dipaparkan juga dirancang dengan baik dan watak-watak dalam filem ini mempamirkan perwatakan yang tenang dan lucu dalam situasai-situasi yang berbahaya, membuatkan filem ini sangat menghiburkan.

Kesimpulan

Filem 2Guns merupakan filem aksi komedi yang sangat menghiburkan. Mutu lakonan yang tinggi dan jalan cerita yang agak kompleks pastinya membuatkan penonton tidak bosan dan sentiasa meneka langkah seterusnya yang akan dilakukan watak-watak dalam filem ini. Direkomenkan menonton filem ini bersama rakan-rakan kerana sangat berbaloi.

IMDB

LAKONAN                           8/10
AKSI/JALAN CERITA   8/10
PRODUKSI                          7/10
KESELURUHAN               8/10

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top